Andai nyawa seorang manusia tidak lagi dihargai, di manakah lagi nilai kemanusiaannya. Belum lagi dipersoal tentang nilai moral dan pegangan agama yang seharusnya menjadi teras kehidupan.
Berbezanya manusia dengan haiwan. Akal anugerah tuhan membezakan dua makhluq ciptaanNya. Jika sang haruan dikatakan makan anak. Siharuan sebenarnya pelindung yang penyayang. Melindungi anak dari dibaham haiwan pemangsa. Namun siharuan di kalangan manusia bersepah memamah nilai kemanusiaan.
Lihat pula sang monyet dan bayi comelnya. Dibawa sang anak ke mana sahaja. Bayangkan ketika diganggu manusia…sianak erat dalam peluknya.
Tetapi, betapa malang anak-anak ini…dan betapa rakusnya nafsu dan tebalnya kejahilan, nipisnya keimanan.
…di tempat pembuangan sampah;

…dalam longkang malah digonggong sang anjing;
Masjid, rumah Allah paling suci tidak terlepas dari gambaran namun peri nipisnya imanmu.
Sejarah kezaliman terlalu kerap diungkapkan untuk pengajaran. Alquran mengungkapkan zalimnya Firaun. Anak lelaki ditanam sejurus dilahirkan. Betapa terserlah kezaliman dan keengkaran.
Namun kita renungkan…dimanakah nilai kemanusiaan andai sicomel ini seolah-olah tiada tempat lagi dibumi ini. Zalimnya firaun (laknatullah), menanam anak dimakan bumi. Zalimnya generasiku tiada nilai kemanusiaan lagi.